Kita selalu dengar orang mengungkapkan kata-kata..." Hidup ini bagaikan Roda". Memang betul..sekejap kita akan berada dibawah dan sekejap lagi kita akan berada diatas. Sebab itu jugalah kita jangan berbuat jahat atau berperasaan dengki khianat pada orang lain..kerana suatu hari nanti ia akan berbalik semula pada kita.
Beberapa hari yang lalu ...hubby menelefon emak. Berita yang kurang enak telah sampai jauh dari utara. Ayah dah tak berapa sihat. Dan jiran-jiran pun dah ramai menziarah ayah. Masa tu memang rasa terkejut sangat dengar berita itu. Rupanya dari minggu lepas lagi Ayah dah agak uzur tapi untuk tidak merisaukan anak kesayangan dia di K.L ni, dia melarang emak dari menyampaikan perkhabaran mereka disana.
Sebulan yang lalu, ketika Ayah dan emak datang ke K.L, memang ada perbezaan dari segi tingkah lakunya. Dia lebih mendiamkan diri dan tidak selincah dan segirang dulu melayan kerenah cucu-cucunya. Pemerhatian yang dibuat, aku pendamkan saja dalam hati. Malas nak bagitau pada hubby.
Sejak beberapa hari ni..aku kerap menelefon ibu mertuaku (emak) bertanyakan khabar Ayah.
Dan awal pagi semalam, Ayah jatuh didalam bilik air. Lagi sekali dia melarang emak untuk memberitahu sesiapa pun. Aku menjadi bertambah risau. Dari nada suara emak, tergambar betapa susahnya hati emak..menngenangkan keadaan Ayah. Tapi dia masih cuba untuk menyembunyikan perasaan dia kerana tidak mahu anak dan menantunya risau.
Emak ada memberitahu, buat masa ini dia sudah tidak dapat berfikir apa-apa melainkan dari memikirkan..'benda' itu mungkin sudah menghampiri mereka. Mengenangkan itu, aku rasa sedih..sedih mengenangkan jika ia benar benar berlaku, emak akan berasa sunyi., sepi dan sudah pastinya terasa kehilangan tempat untuk mengadu, bercerita dan bermanja. Anak-anak juga sudah pastunya akan merasa kehilangan yang amat sangat kerana, bila balik ke kampung, Wan lah yang menjadi tumpuan. Mereka sanggup tidak mahu ikut kemana-mana semata-mata hendak menghabiskan masa dengan Wan. Kepulangan kami kesana hujung minggu ini sudah tentu berbeza...Wan mungkin sudah tidak dapat melayan mereka seperti dulu.
Aku berdoa dan berharap...ia takkan datang lagi. Rasanya anak-anak belum puas untuk bermanja dengan Wan.
Aku terfikir..... suatu hari nanti, pastinya aku akan melalui putaran hidup seperti yang emak lalui sekarang. Seandainya dia pergi dulu, aku tak pasti samada aku akan dapat melelapkan mata bila malam menjelma, aku tidak pasti samada aku boleh bangun apabila pagi menjenguk, aku tidak pasti samada mulut boleh mengunyah makanan ketika perut lapar..tetapi yang pasti, pandanganku akan menjadi kabur dan kosong sama seperti hati yang kosong dan sepi. Kekadang terfikir juga..mungkin adalah lebih elok aku pergi dulu sebelum dia...kerana jika dia tiada...aku mungkin akan menjadi seperti bangkai hidup.
Memandangkan emak hanya ada 2 orang anak, dan hubby merupakan anak bongsu, aku telah suarakan pada hubby, seandainya ia benar benar berlaku, aku redha, dan ikhlas untuk menjaga emak....biarlah kami menghiburkan hatinya....ketika dia mengharungi hari -harinya.
Ini kerana, hidup ni bagaikan roda...nasib ku dihari tua...masih samar. Biarlah aku menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak agar menjadi ikutan. Sudah tentu aku mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak di kala meniti usia senja. Dan jika aku yang pergi dulu, aku amat berharap agar anak-anak dapat menjaga dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada Papa mereka.
begitulah putaran hidup......